Saturday 9 March 2013

MAULIDURRASUL


Assalamualaikum . The first thing that i wanna share through this blog is about a ceramah during the maulid held in my neighborhood .

The ustaz talk about JOM ZIARAH MAKAM NABI MUHAMMAD S.A.W. *lupa tajuk sebenar :|

Sebelum tu , cek habaq awal2 , cek belum rezeqi pi sana lg . Jd betulkan cek klau ad info yg salah . 

Seperti yang kita ketahui makam nabi terletak di Masjid Nabawi , Madinah . Untuk sampai ke Makam Rasulullah SAW , kita akan melalui باب السلام hingga باب البقيع . Sepanjang laluan tersebut ada 5 buah hadis Nabi .

#HADIS 1
Sabda Rasulullah SAW maksudnya :
   "Sembahyang di masjidku adalah bersamaan 500x solat"

Yang dikatakan masjid Baginda itu ialah Masjidil Haram dan Masjid Nabawi . Oleh yang demikian , sesiapa yang berkesempatan pergi menunaikan haji/umrah pasti tak melepaskan tawaran tersebut . Perbanyakkanlah solat jemaah dan solat sunat dan tidak lupa juga untuk melakukan SOLAT QADA' untuk menggantikan solat yang pernah kita tinggalkan sewaktu zaman 'jahiliyah' dahulu kala .

Hadis pertama dah disebut pasal SOLAT . nampak tak betapa pentingnya solat ? Ia sangat penting dan sangat special . Sebab dalam banyak ibadah yang Allah wajibkan kepada kita cuma perintah SOLAT SAHAJA yang diambil khas oleh Rasulullah tanpa perantara malaikat Jibril . Baginda dijemput naik ke langit dengan menunggang Buroq , ciptaan Allah yang hebat . Kerana kasihnya Rasulullah kepada umat , baginda berulang-alik bertemu dengan Allah SWT untuk mengurangi waktu solat .


" Difardukan sembahyang atas Nabi s.a.w pada malam beliau di Isra'kan itu lima puluh waktu, kemudian dikurangi sehingga ditetapkan lima. Lantas nabi diseru, ya Muhammad! Sesungguhnya perkataan di sisiKu tidak dapat diubah lagi, dan sesungguhnya bagi engkau dengan sembahyang yang lima waktu ini (dinilai sama) dengan lima puluh waktu."
(Hadis riwayat Ahmad, An-Nasaei dan At-Turmuzi)

dan solat juga amalan pertama yang akan dihisab . ALLAHU AKBAR !

Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud:
" Yang pertama sekali dihisab atas seorang hamba di hari kiamat nanti ialah sembahyang, maka jika baiklah sembahyangnya nescaya baiklah amalan-amalan lainnya dan jika rosak sembahyangnya, maka binasalah amal-amal yang lain."
(Hadis riwayat Thabrani)

#HADIS 2
Sabda Rasulullah SAW maksudnya :
   "Syafaatku nanti untuk umatku yang berbuat dosa namun dalam hatinya ada bercita-cita untuk bertaubat"

Betapa kasihnya Rasulullah terhadap kita kan ? اللهم صلى على محمد وعلى ال محمد
Dalam satu kisah ketika Rasulullah duduk bersama para sahabat , baginda menyatakan rindu pada 'Ikhwannya' . maka berteka-tekilah para sahabat . Akhirnya Baginda menjawab ,
“Kalau kamu ingin tahu siapa mereka? Mereka ialah umatku yang hidup selepasku. Mereka membaca Al Quran dan beriman dengan semua isinya. Berbahagialah orang yang dapat berjumpa dan beriman denganku. Dan tujuh kali lebih berbahagia orang yang beriman denganku tetapi tidak pernah berjumpa denganku,” 

JADI ? JOM BUAT BAIK . JOM BERTAUBAT . KITA MULAKAN DENGAN PERKARA YANG MUDAH . ^_^ bukan je dapat syafaat Rasulullah malah Allah pon sayang . *insya Allah,Aaamiin

#HADIS 3
Sabda Rasulullah SAW maksudnya :
   "Sesungguhnya syafaatku benar-benar ada . Siapa yang tidak mengimaninya , tidak berusaha ke arahnya maka dia bukanlah dari orang yang mendapatkannya"

Untuk mendapatkannya pula perlu 3syarat

1. CINTA RASULULLAH
   kenal Rasulullah . banyak baca kisah Rasulullah . kata orang 'Tak kenal maka tak cinta' . ye dak ?

2. BANYAK BERSELAWAT KE ATAS NABI
   tak susah jangan buat susah . sambil sikat rambut nak gi kerja atau masak dll selawat la .  
اللهم صلى على محمد وعلى ال محمد 
Sabda Nabii SAW: Barangsiapa berselawat kepadaku 10 kali pada waktu pagi dan 10 kali pada waktu petang tiap hari, ia akan beroleh syaafaatku pada hari kiamat – HR Thabrani

3. MENGAMALKAN SUNNAH-SUNNAH BAGINDA SAW
  ISLAM ITU KEHIDUPAN . mostly semua perkara yang kita buat seharian ada adab-adabnya . and adab-adab yang kita belajar tu semua adalah Sunnah Rasulullah . nak menuntut ilmu pon ada sunnah . nak minum , nak keluar rumah jugok . hmm Banyak3 ! :))

# HADIS 4
  "Sesungguhnya iman itu akan pulang ke Madinah seperti ular pulang ke lubang"

salah satu tafsiran hadis ini bermaksud pulangla ke Madinah untuk merasai kekuatan iman kembali .

*maaf huraian lanjut boleh bertanya ustaz/ustzah

# HADIS 5
  "Di antara rumahku dan mimbarku (Masjid Nabawi) adalah taman-taman Syurga"

ALLAH ! Sapa yang tak teringin nak ke syurga kan ? ni baru di dunia belum syurga Akhirat yang indah . jadi semoga Allah rezekikan kita untuk ke sana dan merasai taman-taman Syurga . 
*Tempat ini juga disebut Raudhah dan dihiasi dengan carpet hijau . 
Ustaz ada ajarkan kami doa ini
   "Ya Allah , kami sayang Nabi Muhammad kekasih-Mu . Rezekikanlah kami untuk pergi menziarahi makam Nabi . Rezekikanlah kami untuk bersama Nabi di Akhirat nanti"

dan banyak amalkan selawat serta zikir ini
لا اله الا الله الملك الحق المبين محمد رسول الله صادق الوعد الامين

Sampailah sudah ke makam junjungan besar Nabi Muhammad SAW . di sekitarnya juga ada makam Saidina Umar al-Khattab dan , Saidina Abu Bakar al-Siddiq . dan keluarlah kita ke babul Baqi'

Sampai di sini sahaja perkongsian saya . Maafkan saya atas kesilapan . 
















Tuesday 5 March 2013