Saturday 27 April 2013

ADAB-ADAB MASUK TANDAS


Bismillahirrahmanirrahiim 

ISLAM IS THE WAY OF LIFE

means that for whatever we do in our daily routine they should be done with syariah n sunnah Nabi SAW . For the past few weeks, I watched FATTBIOUNI with translation by FAZAKKIR MEDIA
and here what i'm going to share :) *in Malay of course .. heehe :P

note from Fattaniouni by YouTube

SEBELUM masuk tandas........
  • Tanggalkan cincin atau apa jua barang yang ada nama Allah dan Rasul
-sebagai tanda hormat akan keagungan nama Allah dan kemuliaan Rasul Allah
 “Bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam apabila Baginda (hendak) masuk ke TANDAS Baginda menanggalkan cincin Baginda” (Hadis riwayat at-Tirmidzi). 
  • Membaca Taawuz dan berdoa
-mohon perlindungan kepada Allah kerana tandas ialah rumah syaitan .


  • Memakai penutup kepala
-orang tua kata "kalau hang tak tutup kepala setan sapu najis kat atas kepala". Tapi bila google , jawapannya : Tiada dalil/hadith yang sah tentang perkara itu . Jadi , kata-kata "kalau hang tak tutup kepala setan sapu najis kat atas kepala"tu tak boleh jadikan hujjah :)

  •  Menyarungkan selipar,  Meninggikan pakaian
-agar kaki tidak terkena najis dan mencegah dari kekotoran bilik air
-pakaian suci dan bersih untuk digunakan dalam solat 
 “Bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam jika (hendak) masuk ke TANDAS, Baginda memakai alas kaki dan (juga) menutup kepala Baginda” (Hadis riwayat al-Baihaqi). 

  • Masuk dengan kaki kiri

SEMASA di dalam tandas.....
  • Dilarang berkata-kata apatah lagi menyebut nama Allah
-cukup sekadar berdehem jika ada orang memanggil
-cukup sekadar melafazkan tahmid dalam hati apbila bersin
-tidak dituntut menjawab salam 
Hadis Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam yang diriwayatkan oleh Abu Sa‘id Radhiallahu ‘anhu: 

Maksudnya: “Janganlah dua orang lelaki pergi (untuk) memasuki satu TANDAS, (lalu) keduanya membuka aurat mereka (untuk qadha hajat sambil) berbual-bual. Sesungguhnya Allah ‘azza wajalla benci dengan (perbuatan) demikian itu” (Hadis riwayat Abu Daud).

Maksudnya: “Bahawa seorang lelaki telah berjalan melintasi Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam dan Baginda (pada ketika itu) sedang buang air kecil, lalu dia pun memberi salam (kepada Baginda). Maka Baginda Shallallahu ‘alaihi wasallam tidak menjawab salamnya itu” (Hadis riwayat Muslim). 
  • Angkat pakaian sekadar perlu untuk qada hajat
-Nabi SAW membenci akan hal bertelanjang . Baginda bersabda "Allah lebih berhak untuk kau malu kepada-Nya."
-disunatkan baca  doa buka pakaian
-Nabi mengkhabarkan barangsiapa yang membaca doa tersebut maka Allah akan menutup auratnya daripada dilihat jin dan syaitan... wallahualam 


  • Bertinggung di sebelah kiri
- untuk mudahkan qada hajat
-supaya tidak berlama-lama di dalam tandas 
-hujah kencing berdiri??? sila lihat INI :)  

  • Menjaga pakaian dari terkena air percikan najis
  • Tidak melihat kemaluan dan najis yang keluar
  • Menjimatkan penggunaan air


SELEPAS selesai qada hajat

  •  BERRISTINJAK
-Sunat membuang najis dengan tisu dan membersihkan dengan air
-Menggunakan tangan kiri.  
 Daripada Abu Qatadah Radhiallahu ‘anhu daripada bapanya bahawa Rasulullah SAW bersabda: 

Maksudnya: “Jika salah seorang daripada kamu kencing, maka janganlah sekali-kali dia memegang zakarnya dengan tangan kanannya dan (begitu juga) janganlah dia beristinja’ dengan tangan kanannya” (Hadis riwayat al-Bukhari). 

-Membaca doa selepas istinja': Ya Allah peliharalah hatiku dari sifat nifak dan peliharalah kemaluanku dari sifat keji 

  •  Beristibra'

-yaitu berdehem sebanyak 3kali untuk melwaskan kencing
 "Daripada Ibnu ‘Abbas ra berkata: Nabi SAW melalui salah satu tembok dari tembok-tembok Madinah atau Makkah, lalu Baginda mendengar suara dua orang manusia yang sedang disiksa di dalam kuburnya. Nabi bersabda: “Dua orang sedang disiksa dan keduanya tidak disiksa kerana dosa besar. Kemudian Baginda bersabda: Ya, yang seorang tidak beristibra‘ dengan sebersih-bersihnya daripada kencingnya dan yang seorang lagi berjalan dengan mengadu domba. Kemudian Baginda minta diambilkan pelepah kurma yang basah, lalu dibelah menjadi dua dan Baginda letakkan pada masing-masing kuburan itu satu belahan. Lalu dikatakan: Wahai Rasulullah, kenapakah engkau perbuat ini? Baginda bersabda: Mudah-mudahan keduanya diringankan selama dua belah kurma itu belum kering atau sehinggalah ia kering”
  • Membersihkan dan menghilangkan kesan najis
  • Keluar dengan kaki kanan
  • Membaca doa keluar tandas dan bersyukur kerana keluar najis untuk sihat

SUMBER


Wallahualam. Sesungguhnya saya menyampaikan apa yang saya lihat,dengar dan baca sahaja. Jika silap mohon tambah dan betulkan :)







2 comments:

  1. Sama2 kita amlkn sunnah. Goodluck dgn usaha kamu ini.. :) keep it up

    ReplyDelete
  2. Semoga kita meneruskan sunah nabi

    ReplyDelete