Tuesday 2 April 2013

AWAS ! ISTIDRAJ !

"Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberi nikmat kepada hambaNya yang selalu membuat maksiat (derhaka), ketahuilah bahawa orang itu telah di-istidrajkan oleh Allah S.W.T
(Riwayat At-Tabrani, Ahmad dan Baihaqi)

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani

"Non-muslim tu tak beriman pon lagi kaya dari orang-orang Islam kan,,,"

Dulu masa tak tahu apa itu istidraj saya ada terdetik camtu . Jadi bila dah tahu saya nak letak kat sini sikit apa yang tahu .

Istidraj ialah keadaan seseorang yang hidupnya sentiasa mewah, senang dan berjaya walaupun hubungannya dengan Allah tak baik .


Bismillahirrahmanirrahim
Ya Allah, janganlah kau golongkan kami ke dalam golongan orang yang kau berikan Istidraj . Dekatkanlah kami dengan-Mu. Bantulah kami dalam melaksanakan perintah-Mu dan meninggalkan larangan-Mu. 

Istidraj ni sangat-sangat perlu dielakkan sebab sebenarnya limpah rezeki yang dikurniakan Allah itu adalah untuk membuatkan manusia itu lebih jauh dari-Nya . Allah ada berfirman dalam Surah Al-Aaraf ayat 182 bermaksud:

Kami akan menarik mereka beransur-ansur (ke arah kebinasaan) dengan cara yang mereka tidak ketahui

Contoh yang telah tertulis dalam Al-Quran tentang istidraj ni seperti kisah Qarun . Seorang hamba Allah yang dahulunya miskin dan taat kepada Allah berubah 360 darjah apabila Allah melimpahkannya dengan kekayaan . Dia bongkak dan tidak mengakui rezki itu datangnya kerana Ar-Rahman Allah.

Biasanya orang yang mendapat istidraj ini merupakan orang yang tidak berusaha mengenali Islam, orang yang suka akan maksiat dan orang yang menggunakan nikmat tersebut untuk maksiat, kezaliman dan penindasan . Nauzubillahiminzalik ... Sesungguhnya kita ini manusia yang LUPA jadi janganlah terlalu yakin kita dapat mengelak darinya kerana Allah itu Maha Kuasa memuliakan dan menghinakan sesiapa yang dikehendaki-Nya . Sebaliknya hendaklah kita bersyukur atas nikmat yang dikurniakan dan menggunakannya dengan sebaik mungkin .

Tapi lepas ni jangan pulak bila nampak orang ke masjid dengan kereta besar, orang ada rumah besar, orang selalu berjaya dalam periksa itu kita fikir mereka diistidrajkan Allah . Itu SALAH ! Kita tak berhak menghukum orang lain, kerana kita tidak tahu hubungan mereka yang sebenarnya denga Ya Rabb . Bak kata orang tua , Jangan jaga tepi kain orang lain . HUSNUDZON , ya bersangka baiklah . 

Penutup:
Jadi apa salahnya kalau kita gagal sesekali bukan? Sekurang-kurangnya kita tak terlalu leka dengan keenakan kejayaan itu . Mungkin ujian itu diberikan kerana Allah ingin mengingatkan kita tentang hubungan hamba-Pencipta yang semakin renggang? Alhamdulillah, Insya Allah ujian itu tanda Allah masih sayang . tansa Allah tidak mahu kita lebih tersasar dari jalan-Nya . Wallahuallam

inspirasi dari:



read HERE for more about ISTIDRAJ